Monday, March 30, 2009
Friday, March 20, 2009
Hari Penamaan Calon DUN Bukit Selambau 20 Mac 2009
Thursday, March 19, 2009
Majlis Makan Malam Anjuran PKR Bahagian Bagan Pada 7 Mac 2009
Lawatan Wanita PKR Negeri Pulau Pinang Ke Mangsa Kebakaran di Sg. Chenaam, Nibong Tebal Pada 19 Mac 2009
Sajian yang disediakan oleh tuan rumah membuka selera Wanita PKR.
Wanita PKR Negeri Pulau Pinang di tapak kebakaran.
Tapak kebakaran.
Lawatan Wanita PKR Pulau Pinang Ke Balu di Nibong Tebal 19 Mac 2009
Wednesday, March 11, 2009
Forum: Wanita Kerjaya, Keluarga & Politik - 13hb Disember 2008
Forum wanita dalam masyarakat majmuk merupakan suatu program berterusan dianjurkan Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang. Forum ini amat diperlukan untuk menyebarkan ilmu yang berguna bersama penceramah-penceramah yang berpengalaman.
Forum ini turut merangkumi pengetahuan tentang kehidupan wanita bekerjaya dan mempunyai keluarga serta turut terlibat secara aktif dalam politik. Usaha ini merupakan satu usaha untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai kaum untuk membuktikan amanah tugasan untuk kejayaan kehidupan wanita dalam masyarakat majmuk. Setiap tugasan dan kerja-kerja harian wanita perlu ada strategi dan usaha-usaha perlu berterusan demi masa depan kecemerlangan wanita. Usaha forum ini membantu perlaksanaan dan mengaplikasikan pengetahuan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Forum ini turut menjemput penceramah yang berpengalaman dan mendapat pengetahuan tentang fokus kehidupan wanita. Sejarah membuktikan majlis ilmu seperti forum amat berguna dalam perkembangan tamadun wanita tempatan. Pada masa kini peranan wanita semakin meluas dalam masyarakat. Wanita bukan sahaja berperanan dalam keluarga namun penglibatan wanita dalam bidang kerjaya semakin meningkat. Kecemerlangan wanita dalam bidang kerjaya amat membantu sektor ekonomi negara. Hasilnya, golongan wanita professional dan wanita sebagai usahawan berjaya menjadi mercu tanda kecemerlangan wanita tempatan. Wakil rakyat wanita amat diperlukan untuk membela nasib dan hak-hak wanita tempatan. Penglibatan wanita dalam politik turut membantu rancangan dasar-dasar negara kita. Kesinambungan peranan wanita dan pentingnya usaha wanita maka seharusnya wanita dididik dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk merealisasikan matlamat kehidupan mereka.
Forum Wanita, Kerjaya, Keluarga & Politik
pada 13.12.08 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang
Penceramah Forum: Felicia Ling (dari kiri), Dato' Zahrain
Moderator Forum: Rohayah (tengah)
Penceramah Forum: YB Dr. Lo' Lo' & YB Chong Eng (dari kanan)