Wednesday, March 11, 2009

Forum: Wanita Kerjaya, Keluarga & Politik - 13hb Disember 2008

Forum wanita dalam masyarakat majmuk merupakan suatu program berterusan dianjurkan Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang. Forum ini amat diperlukan untuk menyebarkan ilmu yang berguna bersama penceramah-penceramah yang berpengalaman.


Forum ini turut merangkumi pengetahuan tentang kehidupan wanita bekerjaya dan mempunyai keluarga serta turut terlibat secara aktif dalam politik. Usaha ini merupakan satu usaha untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai kaum untuk membuktikan amanah tugasan untuk kejayaan kehidupan wanita dalam masyarakat majmuk. Setiap tugasan dan kerja-kerja harian wanita perlu ada strategi dan usaha-usaha perlu berterusan demi masa depan kecemerlangan wanita. Usaha forum ini membantu perlaksanaan dan mengaplikasikan pengetahuan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Forum ini turut menjemput penceramah yang berpengalaman dan mendapat pengetahuan tentang fokus kehidupan wanita. Sejarah membuktikan majlis ilmu seperti forum amat berguna dalam perkembangan tamadun wanita tempatan. Pada masa kini peranan wanita semakin meluas dalam masyarakat. Wanita bukan sahaja berperanan dalam keluarga namun penglibatan wanita dalam bidang kerjaya semakin meningkat. Kecemerlangan wanita dalam bidang kerjaya amat membantu sektor ekonomi negara. Hasilnya, golongan wanita professional dan wanita sebagai usahawan berjaya menjadi mercu tanda kecemerlangan wanita tempatan. Wakil rakyat wanita amat diperlukan untuk membela nasib dan hak-hak wanita tempatan. Penglibatan wanita dalam politik turut membantu rancangan dasar-dasar negara kita. Kesinambungan peranan wanita dan pentingnya usaha wanita maka seharusnya wanita dididik dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk merealisasikan matlamat kehidupan mereka.



Pengerusi Forum, Dr. Joyce (kiri) & Penceramah, Felicia (kanan)


Ahli Jawatankuasa Wanita PKR Negeri Pulau Pinang yang menjayakan
Forum Wanita, Kerjaya, Keluarga & Politik
pada 13.12.08 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang



Penceramah Forum: Felicia Ling (dari kiri), Dato' Zahrain
Moderator Forum: Rohayah (tengah)
Penceramah Forum: YB Dr. Lo' Lo' & YB Chong Eng (dari kanan)


YB Reveentharan adun Batu Uban salah seorang hadirin


Majlis berjalan dengan lancar


Pengacara Majlis, Zakiah (kiri) memberi ucapan


Ketua Wanita Tanjong, Latifah meminta pendapat dari penceramah forum


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Wanita Negeri, Norhayati kepada penceramah forum


FORUM ini berjalan dengan lancar dan di hadiri oleh kebanyakan yb dari Parti KeADILan, juga di hardiri oleh beberapa muslimat PAS Pulau Pinang. Forum ini kurang mendapat kehadiran dari wanita yang luar dari Parti. Forum di rasmikan oleh TIMBALAN KETUA MENTERI YB FAIRUS.

1 comment:

  1. Anda dipanggil ke Exam PTD?


    Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon
    yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
    Kemasukan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.

    Anda boleh buat semakan melalui link ini;

    http://goo.gl/dyu4

    Tapikan, setiap tahun ramai je yang tak lulus
    exam ni. Susah katanya, ye lah skopnya sangat
    luas dan kadang tu soalan tah hape hape!

    KAlau tak silap tahun 2009 hanya 400 je jawatan
    kosng PTD, tapi yang pegi exam lebih 40k khabar
    nya. Memang exam bertulis ni la tempat SPA nak
    singkirkan calon yang ramai. Tapi tgk kat sini
    ramai pulak yang lulus entah apa rahsia diaorg.
    Email semua cakap lepas, mungkin anda nak tgk
    boleh terus gi sini;

    http://www.tipsptd.com/index.php?ref=swasta

    Sekadar nak berkongsi :)

    Kalau nama anda dipanggil dan termasuk dalam
    senarai tu, anda mmg kena tgk mcm mana diaorg
    lulus..

    ReplyDelete