Saturday, February 21, 2009

SIDANG MEDIA WANITA PKR PP


18 Februari- Sama Gagah,Permatang Pauh

Wanita PKR Pulau Pinang dalam majlis sidang akhbar pada 18 Februari 2009 bertempat di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Sama Gagah ,Permatang Pauh bersatu mengecam tindakan biadap yang dilakukan oleh seseorang yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah Exco Kerajaan Negeri Selangor,Elizabeth Wong dikalayak ramai.Wanita PKR NPP berdiri teguh menyokong beliau dan berharap beliau tidak mengalah dalam perjuangan. Dalam sidang akhbar berapa soalan diajukan mengenai pendirian WNPP. Dr Joyce sebagai Timbalan Ketua Wanita menegaskan bahawa pencerobohan hak peribadi seorang adalah perbuatan yang keji dan memalukan. Oleh itu semua Wanita PKR Pulau Pinang bersatu menyokong Y.B Elizabeth dan berharap beliau tidak melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

No comments:

Post a Comment