Thursday, February 19, 2009

Sokongan Wanita PKR Zon Utara Terhadap YB Elizabeth Wong - Kenyataan Media Dalam Bahasa Malaysia & Mandarin

Sidang Akhbar Wanita PKR Zon Utara:
Timbalan Ketua Wanita Pulau Pinang, Dr. Joyce Lee & Ketua Wanita Perlis, Tuan Marja (kiri)


Wartawan yang menghadiri Sidang Akhbar Wanita PKR Zon Utara:


Sokongan Wanita PKR Zon Utara Terhadap YB Eli



Wanita Parti KeADILan Rakyat zon Utara menyeru supaya YB Elizabeth Wong menarik balik tawaran beliau untuk meletak jawatan dan terus menjalankan tugas beliau sebagai EXCO Selangor dan Ahli DUN Bukit Lanjan. Pada masa yang sama, Wanita KeADILan zon Utara juga menyeru kepada kepimpinan Parti supaya memberi pertimbangan berdasarkan rekod perkhidmatan YB Elizabeth Wong yang cemerlang dan hak ahli politik diberi perlindungan dari segi kebebasan diri serta keperibadian. Pihak kepimpinan hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memujuk beliau menarik balik surat perletakan jawatannya.


Wanita KeADILan zon Utara berpendapat YB Elizabeth Wong yang masih bujang mempunyai hak untuk bercinta dan hak untuk menikmati kehidupan peribadinya. Gambar beliau diambil semasa beliau berada di rumahnya sendiri, maka kelakuan YB Elizabeth Wong di rumah sendiri bukanlah sesuatu yang bersalah dari segi undang-undang atau bercanggahan dengan kepentingan awam. Jika kita meninjau dari sudut practicality dan keperikemanusiaan, YB Elizabeth Wong yang rajin menjalankan tugas beliau sebagai seorang EXCO dan wakil rakyat tidak bersalah dan tidak perlu meletak jawatan. Lebih-lebih lagi kalau kita melihat keputusan bancian yang dilakukan oleh ntv7 pada malam semalam, terdapat lebih kurang 94% penonton yang menyertai bancian tersebut menyokong cadangan supaya YB Elizabeth Wong tidak perlu meletak jawatan.


Jikalau YB Elizabeth Wong meletak jawatan, maka dalang yang melakukan perbuatan pencabulan itu akan menang dan maka lebih menyemarakkan semangat golongan yang suka menggunakan taktik politik kotor dan gejala penggunaan taktik politik kotor terus berleluasa. Dalam perkara ini, YB Dr Lo' Lo', Ahli Parlimen Titiwangsa telah menyatakan sokongan beliau terhadap YB Elizabeth Wong dan mengutuk pihak yang menyebarkan gambar-gambar YB Elizabeth Wong sebagai orang yang kelakuannya lebih teruk daripada seorang pelacur. Saya pula berpendapat orang yang merancangkan dan melakukan perbuatan keji itu lebih teruk daripada binatang.


Pada 5hb Feb 2009, semasa rampasan kuasa Negeri Perak berlaku, saya berpeluang berbual dengan YB Elizabeth Wong sambil menjamu selera di satu gerai makan tidak jauh dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Pada masa itu, YB Elizabeth Wong mengatakan betapa kecewanya beliau dengan taktik gangster yang dipakai oleh pemimpim UMNO BN untuk merampas kuasa. Beliau juga secara terharunya mengatakan tidak tahu berapa lama beliau masih boleh memegang jawatan EXCO Negeri Selangor dan mungkin malam itu adalah makan malam yang terakhir bagi beliau sebagai EXCO Negeri Selangor. Kata-kata beliau yang cuma berniat sebagai lawak kini telah menjadi kenyataan, dalam masa kurang daripada 2 minggu, YB Elizabeth Wong telah menjadi mangsa taktik politik kotor.


Dari kes pembunuhan wanita Mongolia, tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kehilangan penyiasat persendirian Bala dan keluarganya, penyalahgunaan ISA oleh polis terhadap pemberita, EXCO Selangor YB Teresa Kok dan blogger MalaysiaToday Raja Petra, perampasan kuasa Negeri Perak, kes ugut atau cubaan untuk "membeli" ADUN Kedah sehinggalah kes terbaru iaitu insiden sebaran gambar peribadi YB Elizabeth Wong, rakyat berpeluang menjadi saksi kepada perbuatan UNMO BN yang mencabuli perlembagaan Negara dan Negeri serta mencabar kuasa rakyat untuk memilih wakil rakyat. Ini membuktikan sikap Najib yang masih enggan menerima ajaran dan mesej yang disampakan oleh rakyat kepada mereka semasa PRU 12 8hb Mac yang lepas, Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Mereka mengabaikan masalah ekonomi negara yang semakin genting dan masalah kehidupan rakyat yang semakin merosot. Beliau masih menggunakan taktik politik kotor sebelum beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini juga membuktikan kini UMNO BN telah sampai penghujung hayatnya kerana mereka kebankrapan "modal" atau agenda politik yang berlandaskan agenda rakyat.


Sebagai kesimpulannya, Wanita KeADILan menyeru rakyat Malaysia bersatu untuk memberi sokongan padu kepada YB Elizabeth Wong dan menggesa pihak polis terus membuat tindakan cekap dan pantas dalam membuat siasatan rapi, menangkap dan terus mengheret dalang yang bertanggungjawab itu ke muka pengadilan. Marilah kita sama-sama menolak amalan atau budaya politik kotor yang menghalang proses pembaharuan politik di Malaysia.


Dr. Joyce Lee

Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri Pulau Pinang

____________________________________________________________________________________


北马人民公正党妇女组呼吁黄洁冰收回呈辞,继续留任雪州行政议员兼武吉栏樟州议员。同时也请求民联各政党领袖必须考虑到黄洁冰的政绩,及保障政治工作者的隐私权,以挽留她。

北马公正党妇女组认为单身的黄洁冰拥有谈恋爱的权力和个人的隐私权,而且偷拍裸照事件发生在自己家中与公共利益没有抵触,从务实和人性的角度来探讨,尽责的黄洁冰更本没有错也无需呈辞更何况昨日傍晚的ntv7华语新闻民意调查中,大约 94%的投选者表态支持受陷害的黄洁冰无需辞职


如果黄洁冰坚持辞职,只会让幕后攻击者的阴谋得逞,也将会助长滥用道德理论的下流政治歪风。在此事件上,回教党的蒂蒂旺沙区国会议员洛洛医生表态支持黄洁冰, 及谴责流传有关裸照及短片的人士比妓女更糟糕。而本人却认为这些密谋者连禽兽都不如

本人200925日霹雳州政局开始变天的当时和黄洁冰及党同志在原任霹雳州州务大臣尼扎官邸外的小食摊吃晚餐。当时黄洁冰为巫统国阵领袖的不择手段为之汗颜,并感叹不懂自己能持续担任行政议员多久,还自己玩笑说也许当晚是她当行政议员的最后晚餐。然而,这玩笑开不到两个星,黄洁冰却已成为下流政治的牺牲者。


从蒙古女郎炸尸案、安华再次受鸡奸的诬告、私家侦探峇拉与家人的失踪、警方滥用内安法令先后逮捕女记者陈云清、雪州高级行政议员郭素沁和《今日大马》主编拉惹柏特拉、最近的霹雳州政局变天,吉打州的一系列绑架或贿赂民联议员的事件、再到近日黄洁冰的睡姿不雅照片曝光,这一系列的事件让我国人民目睹巫统和国阵的肆意践踏宪法及挑战人民的容忍底线。显示出纳吉不但没有吸取308大选、峇東埔补选及瓜丁补选的教训,还继续忽略国家经济恶化和民生问题,甚至更在上台前选择走向卑鄙下流的政治路线。这一连串的下三滥政治手段其实也预示着巫统的穷途末路。


因此,人民公正党妇女组呼吁国人应该全力给于黄洁冰支持,同声要求警方马上采取行动调查与揪出幕后操纵者、提控任何刻意散播有关裸照的人士,及拒绝这种影响国家政治民主进程的不良政治文化


李枂洙博士

槟州人民公正党妇女组署理主席

No comments:

Post a Comment